Tuesday, December 29, 2009

GoodBYE The REV




aku nih bukan ske sgt tulis blog...tp tetba aku trign tulis cz story ni amat2 mgjutkan aku ari ni..

Pg td,cm bsa,aku bkak internet..tetba,terpandg ade news dr avenged sevenfold pye wbste,yg gta
u dorg pye drummer aka the rev mati..WTF man!!aku xcya lgsg..den aku chck intrnet,smua news kuar pasl dia..mean e2 bkn rumors,bt true story!! oh,dem!!aku sgt trkjt lg til nw..bkn nk tksub sgt,tp dorg kra band favr8 aku..ble dh jd gni,cm rse dh xbst dgr..aura the rev dah ilang..


bg aku, a7x yg bst trletak kt synyster, m.shadows ngan the rev.cz dorg ade talent masing2..dia la 1st drummer yg aku tgk jd backup singer..gtau aku,spe lg bleh wat cm2??tgan ngan
kaki men drum,yet stil bleh nyanyi.. bg aku,mmg sgt mgjutkan,cz dia mati bru age 28!!!n police kta,dia mati cz natural disease.!aku xcya.bg aku,myb sebb drugs,n band2 gni xlpas dr smua 2..cmna pn,aku rspect dia as a drummer. n 4sure one of the world gretest drummers!!mne blh lawan,otai..

Aku xtw pe jd ngan a7x p
asni..spe drummer bru,aku pn xtw..tp 4sure xblh lawan the rev!one and only the rev.hpe dorg dpt cri drummer yg ok,yg lbh kurg the rev!! we'll b missing u the rev!
!

Friday, September 4, 2009

GENERASI MUDA LEBIH GEMARKAN BERITA DALAM TALIAN


Berita dalam talian boleh didefinisikan sebagai bahan berita yang diterbitkan secara talian, iaitu melibatkan penggunaan medium yang menjadi keperluan pada masa kini,komputer.

Di era teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat pada hari ini, komputer dan internet sangat penting kepada masyarakat untuk mencari maklumat dan hubungan tanpa sempadan. Jika dahulu, komputer dan laman sesawang hanya mampu dimiliki dan diakses oleh golongan tertentu sahaja. Namun,di zaman yang semakin berkembang maju ini, kedua-duanya sudah menjadi keperluan untuk kebanyakan individu terutama remaja. Mereka semakin bijak menilai kemajuan yang ada didalam dunia teknologi kini. Kita boleh lihat dengan ketagihan remaja sekarang terhadap laman web sosial dan laman blog.

Dengan keaadan yang mula berubah sekarang, tidak hairanlah akhbar tradisional mula diketepikan terutama remaja. Mereka lebih berminat mencari dan membaca berita melalui laman sesawang dan berita dalam talian. Perkembangan yang pesat ini mendorong syarikat-syarikat akhbar di Malaysia untuk mewujudkan akhbar dalam talian untuk memudahkan masyarakat terutama remaja untuk memperoleh berita-berita terkini. Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan perubahan trend yang berlaku dimana generasi muda lebih berminat pada berita dalam talian berbanding akhbar- akhbar tradisional.

Berita dalam talian memudahkan pengguna zaman sekarang. Zaman sekarang, kita boleh melihat dengan kewujudan e-kerajaan, e-kesihatan, e-pendidikan, telekerja (bekerja dari rumah), e-pembayaran,myeg dan sebagainya semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Ini secara tidak langsung, mempengaruhi remaja untuk memilih berita dalam talian berbanding berita akhbar tradisional. Dalam kesibukan yang melanda generasi muda kini, mereka menganggap mencari surat khabar di kedai sesuatu yang melecehkan berbanding mengakses berita dalam talian. Oleh kerana berita dalam talian mesra pengguna, ia menyenangkan pembaca. Hanya duduk di hadapan komputer, dan dengan menggunakan hujung jari, segala berita seluruh dunia terpampang di skrin . ini sangat mudah jika dibandingkan dengan penggunakan akhbar harian yang perlu menyelak helaian demi helaian. Selain itu, keunikan berita dalam talian yang mempunyai simpanan data yang lama juga menjadi sebab ia sebagai pilihan generasi muda mencari maklumat.


Secara dasarnya, jika kita melihat semula, berita dalam talian menyediakan berita- berita dan informasi secara percuma kepada pembacanya. Setiap masyarakat yang inginkan berita dalam talian, mereka hanya perlu mempunyai akses internet untuk membaca berbanding akhbar tradisional. Sebagai contoh, seseorang perlu memperuntukan RM1 hingga RM1.50 sehari untuk membeli akhbar tradisional. Ini berbeza dengan berita dalam talian yang menyediakannya secara percuma. Hanya yang melibatkan kos adalah akses internet dan bil eletrik. Namun, jika dikira, berita dalam talian lebih jimat untuk dibaca berbanding berita dari akhbar tradisional.

Berkata dari segi kebebasan, memang ada benarnya bahawa berita dalam talian lebih bersifat bebas dibandingkan dengan akhbar tradisional. Ini adalah kerana, berita dalam talian yang disiarkan tidak mempunyai pantuan, iaitu mereka yang bertanggungjawab untuk menapis bahan-bahan media yang tidak diperlukan.Kita boleh kaitkannya dengan salah satu gaya hidup yang semakin menular ialah kewujudan blog. Blog umpama diari atau catatan harian, cuma ianya berbentuk talian. Penulis-penulis blog bebas untuk menulis apa sahaja pendapat mereka tanpa mendapat apa – apa tentangan. Namun, masih ada batasan yang harus dipatuhi. Jika mereka menulis sesuatu yang berunsur fitnah dan melampau, tindakan tetap akan diambil. Kebanyakan generasi muda mempunyai atau suka membaca blog. Tidak hairanlah mereka lebih cenderung untuk memilih berita dalam talian. Berita dalam talian juga disifatkan sebagai tidak memilih bulu mengenai sesuatu isu. Ini berbeza jika dilihat di akhbar tradisional yang menapis dan menyekat setiap kandungan berita agar sesetengah maklumat dapat dilindungi daripada umum. Maka, kebenaran sesuatu berita itu tidak dapat dipastikan dan kabur.

Faktor keberanian juga memainkan peranan kepada generasi muda untuk memilih berita dalam talian. Secara rawaknya dilihat bahawa berita dalam talian lebih berani berbanding akhbar tradisional. Hal ini berlaku kerana, di dalam talian kita bebas menyuarakan pendapat kita sendiri cara berbentuk berita atau rencana bebas. Jika berita di dalam talian, ia banyak mendedahkan sesuatu yang baru yang mana akhbar tradisional tidak boleh rungkaikan menerusi akhbar. Tiada sekatan diberikan untuk pengarang memberikan pandangan mereka mengenai sesuatu isu. Generasi muda pula tidak hanya mahu membaca berita daripada satu pihak sahaja, tetapi juga mereka mahu membaca pandangan pihak yang lain.

Generasi muda sekarang semakin bijak memilih dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Tidak hairan jika kita melihat penurunan yang berlaku pada jualan akhbar- akhbar tradisional. Kemajuan teknologi ditambah dengan kebebasan bersuara, menyebabkan berlakunya perubahan dalam mengakses berita. Generasi muda berhak memilih keinginan mereka mencari berita dan informasi. Berita dalam talian membuatkan genarasi pada hari ini menjadi lebih arif, dan sentiasa mengikut perkembangan terbaru dunia pada hari ini. Secara tidak langsung, remaja hari ini semakin matang menilai aspek kebenaran dalam laporan berita.