
Berita dalam talian boleh didefinisikan sebagai bahan berita yang diterbitkan secara talian, iaitu melibatkan penggunaan medium yang menjadi keperluan pada masa kini,komputer.
Di era teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat pada hari ini, komputer dan internet sangat penting kepada masyarakat untuk mencari maklumat dan hubungan tanpa sempadan. Jika dahulu, komputer dan laman sesawang hanya mampu dimiliki dan diakses oleh golongan tertentu sahaja. Namun,di zaman yang semakin berkembang maju ini, kedua-duanya sudah menjadi keperluan untuk kebanyakan individu terutama remaja. Mereka semakin bijak menilai kemajuan yang ada didalam dunia teknologi kini. Kita boleh lihat dengan ketagihan remaja sekarang terhadap laman web sosial dan laman blog.
Dengan keaadan yang mula berubah sekarang, tidak hairanlah akhbar tradisional mula diketepikan terutama remaja. Mereka lebih berminat mencari dan membaca berita melalui laman sesawang dan berita dalam talian. Perkembangan yang pesat ini mendorong syarikat-syarikat akhbar di
Berita dalam talian memudahkan pengguna zaman sekarang. Zaman sekarang, kita boleh melihat dengan kewujudan e-kerajaan, e-kesihatan, e-pendidikan, telekerja (bekerja dari rumah), e-pembayaran,myeg dan sebagainya semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat
Secara dasarnya, jika kita melihat semula, berita dalam talian menyediakan berita- berita dan informasi secara percuma kepada pembacanya. Setiap masyarakat yang inginkan berita dalam talian, mereka hanya perlu mempunyai akses internet untuk membaca berbanding akhbar tradisional. Sebagai contoh, seseorang perlu memperuntukan RM1 hingga RM1.50 sehari untuk membeli akhbar tradisional. Ini berbeza dengan berita dalam talian yang menyediakannya secara percuma. Hanya yang melibatkan kos adalah akses internet dan bil eletrik. Namun, jika dikira, berita dalam talian lebih jimat untuk dibaca berbanding berita dari akhbar tradisional.
Berkata dari segi kebebasan, memang ada benarnya bahawa berita dalam talian lebih bersifat bebas dibandingkan dengan akhbar tradisional. Ini adalah kerana, berita dalam talian yang disiarkan tidak mempunyai pantuan, iaitu mereka yang bertanggungjawab untuk menapis bahan-bahan media yang tidak diperlukan.Kita boleh kaitkannya dengan salah satu
Faktor keberanian juga memainkan peranan kepada generasi muda untuk memilih berita dalam talian. Secara rawaknya dilihat bahawa berita dalam talian lebih berani berbanding akhbar tradisional. Hal ini berlaku kerana, di dalam talian kita bebas menyuarakan pendapat kita sendiri cara berbentuk berita atau rencana bebas. Jika berita di dalam talian, ia banyak mendedahkan sesuatu yang baru yang mana akhbar tradisional tidak boleh rungkaikan menerusi akhbar. Tiada sekatan diberikan untuk pengarang memberikan pandangan mereka mengenai sesuatu isu. Generasi muda pula tidak hanya mahu membaca berita daripada satu pihak sahaja, tetapi juga mereka mahu membaca pandangan pihak yang lain.
Generasi muda sekarang semakin bijak memilih dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Tidak hairan jika kita melihat penurunan yang berlaku pada jualan akhbar- akhbar tradisional. Kemajuan teknologi ditambah dengan kebebasan bersuara, menyebabkan berlakunya perubahan dalam mengakses berita. Generasi muda berhak memilih keinginan mereka mencari berita dan informasi. Berita dalam talian membuatkan genarasi pada hari ini menjadi lebih arif, dan sentiasa mengikut perkembangan terbaru dunia pada hari ini. Secara tidak langsung, remaja hari ini semakin matang menilai aspek kebenaran dalam laporan berita.
